Mari Membeli di "MY LUVLY SHOP" Sambil Beramal

Setiap 1 CD yang anda beli di sini, sebanyak RM 1 akan disalurkan ke :-

1. TABUNG PALESTIN HALUAN
Maybank Acc : 564490208528
Website : http://haluanpalestin.haluan.org.my/?page_id=7

atau ke tabung

2. AMAN PALESTIN BERHAD
Maybank Acc : 562263010787
Website : http://www.amanpalestin.net

Jom kawan2, mama2, ibu2, mummy2, umi2, papa2, ayah2, semua.. Kita membeli & secara tak langsung dapat menyalurkan sumbangan ke warga Palestin walau sedikit tapi besar ertinya pada mereka :)

HOW '2' ORDER?

Boleh hubung Farah utk memastikan CD pilihan anda masih 'STOCK AVAILABLE' @ dgn merujuk pd updated info CD pilihan anda. Jika 'TIADA' stok, boleh contact Farah dulu untuk membuat pre-order ye.

Untuk pre-order (order dulu) perlu bayar RM10 sahaja dulu, once stock available baru buat pembayaran penuh... ok!

Jez e-mail/ sms kan :
1. Nama Penuh Anda
2. Brand & Warna/Nama CD yang ingin dibeli
3. Bilangan/ Kuantiti yang ingin dibeli
4. Alamat Penuh utk penghantaran

dan saya akan emel/sms No. Akaun utk pembayaran. Payment made tru Maybank Account only.

Print screen resit anda dan emel kepada saya if u r using M2U (optional).

No. Tracking bagi setiap pengeposan akan dimaklumkan setelah pengeposan dibuat.

Cannot cancel once payment has been made.

* Sila dapatkan pengesahan tempahan terlebih dahulu SEBELUM membuat bayaran dgn menghubungi saya terlebih dahulu ye...

PENGHANTARAN

1. Kos penghantaran adalah ditanggung oleh anda. CD yg dibeli hanya akan dipos setelah bayaran penuh diterima & setiap CD yg dibeli tidak boleh dikembalikan atau ditukar (melainkan ada kerosakan sahaja).

2. Buat masa ini penghantaran adalah menggunakan Pos Laju dan E-Parcel (pos domestik).

Caj pengeposan (Pos Laju S'mnjung M'sia) adalah seperti berikut:

Bagi Pembelian :
1-2 KEPING = RM6
3-4 KEPING = RM9
5-6 KEPING = RM12
7-8 KEPING = RM15
9-10 KEPING = RM18

Utk pembelian melebihi 10pcs dan untuk penghantaran ke Sabah/ Sarawak, caj Pos Laju akan diberitahu kemudian.

Bagi Sabah/ Sarawak digalakkan menggunakan E-Parcel (5-7 hari) jika mahu lebih murah. Caj utk E-Parcel bagi Semenanjung Malasyia adalah RM3 bg berat kurang drp 1 kg. Dan untuk Sabah/ Sarawak RM6.

Sebarang perubahan akan diberitahu dr semasa ke semasa.

Monday, April 26, 2010

Cloth Diaper?? Apa Tu??

Gambar Hasil Carian Mr. Google.. Credit to Mr. Google

Cloth Diaper adalah :
Lampin Kain yang telah dimodenkan mengikut keperluan zaman masa kini dimana ianya mampu berfungsi seakan-akan lampin pakai buang. Paling unik & istimewa, CD ini boleh dibasuh dan dipakai semula bukan sahaja untuk seorang bayi malah boleh diwarisi ke bayi lain (adik-beradik turun temurun dgn syarat penjagaan CD yg betul). Bagus dan jimat bukan :)
Anggaran penjimatan secara jelas.. Anggaran pembaziran yang dilakukan secara tidak sedar..
So apa tunggu lagi.. mari kita sama2 start kumpul koleksi CD

Kenapa CD? :
Ada yang berpendapat, membuat keputusan untuk memilih kepada lampin moden sememangnya memerlukan kita kepada anjakan paradigma! Antara sebab kita perlu memilih lampin moden:

1. Sudah tentu kerana penjimatan perbelanjaan bulanan kerana lampin moden hanya perlu beli sekali tetapi penggunaan sehingga 3 tahun.


2. Kesihatan - lampin moden diperbuat daripada kain, manakala lampin pakai buang terlibat dengan pelbagai peringkat pemerosesan, tidak termasuk lagi dengan bahan kimia yg terdapat di dalam lampin pakai buang untuk menahan lembapan. Setakat hari ini, dari hasil pembacaan di internet, penggunaan lampin moden ini tidak menyebabkan masalah ruam.

3. Kebersihan - penggunaan lampin kain moden ini akan mengurangkan pencemaran alam, (kerana lampin pakai buang adalah kertas bukan kain), setidak-tidaknya dengan penggunaan CD walau pun bukan secara ekslusif (sepenuhnya), kita juga dapat menyelamatkan bumi kita yg memang dah terlalu banyak sampah (selain dari lampin pakai buang)

No comments:

Post a Comment